Pages

Followers

Wednesday, December 19, 2012

Lahirnya Seorang Manusia Ke Dunia Yang Fana Ini..

Akhirnya tepat jam 5.44pm..telah lahir seorang baby girl yang comel..setelah 7jam menahan kesakitan..

Alhamdulillah Allah permudahkan proses Bersalin..tidak sampai 12 jam sebagaimana yang dinyatakan dalam buku panduan bakal ibu..

Akhirnya dapat merasai kesakitan yang ditanggung oleh Ummi semasa melahirkanku ke dunia ini..

Minta maaf ummi atas segala kekhilafan yang telah anakmu ini lakukan..sekarang pun masih lagi menyusahkan ummi kerana membantu dan mengajarku cara2 mengajarku cara untuk menjaga baby..

TERIMA KASIH UMMI..JASAMU KAN DAKU KENANG SELAMA2NYA..

Tuesday, October 16, 2012

Menanti Penyejuk Hati

Assalamualaikum....

lame sgt2 dah tak menulis dalam blog ni..

tibe2 datang boring dan teringat akan blog yang tak terusik ni..

sekarang usia perkahwinan dah masuk 8bulan..usia kandungan pula dah masuk 7bulan 2mggu..

banyak cabaran yang perlu ditempuhi sepanjang pregnant ni..itulah yang dialami oleh ibu2 kita dulu..
tak kahwin tak tau mcmne kehidupan orang berkahwin yang sebenar melainkan diri sendiri melaluinya..
tak kahwin..tak pregnant..so, tak tahu bagaimana ibu2 kita dulu bawa kita ke hulu ke hilir semasa dalam kandungan..

setiap insan akan merasai pengalaman yang berbeza..
yang pasti fitrah semua manusia inginkan kepada pasangan..

jgn pula pregnant dulu baru kahwin..moga2 dijauhkan..kerana perasaan keibuan kemungkinan tak akan ada dek kerana ketakutan dan ingin menyorokkan kandungan tersebut dari pandangan umum..

hubungan yang halal pula akan membuatkan seseorang itu merasakan kebahagiaan dalam kehidupan ketika menanti saat2 kelahiran penyejuk mata..

semoga kita akan lebih menghargai ibu kita dan mengenang segala pengorbanan mereka..

bagi sang suami pula..lihatlah isteri anda ketika mengandung kerana begitulah keadaan ibu anda ketika mengandungkan anda dahulu..

xxxxxxxx

buat diri ini semoga menghargai segala pengorbanan ibu bapa semasa kecil dahulu..
dan menghargai pengorbanan dan perhatian yang diberikan oleh suami..

Alhamdulillah..diri ini dijodohkan dengan seorang suami yang betul2 bertimbang rasa dan sangat membantu disaat ku memerlukan bantuan dari dirinya..