Pages

Followers

Sunday, November 21, 2010

6 JENIS WANITA MALANG

Jangan engkau kahwini wanita yang
enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau
kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.
...


Wanita Ananah:
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat
sakit.

Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, Aku
membuat itu keranamu.

Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum
ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya.

Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya,
kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan
diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazall
i

No comments:

Post a Comment