Followers

Tuesday, March 1, 2011

Suami Isteri Saling Melengkapi

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh meriah. Semua kawan- kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam songket putihnya. Pengantin lelaki pula tidak kurang segaknya. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya…

“Abang, ayang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

“Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia…”.

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.

“Ayang akan mulai dulu ya”, kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar dua muka surat. Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa air mata suaminya mulai mengalir…

“Maaf, apakah ayang harus berhenti?” tanyanya. “Oh tidak, teruskan…” jawab suaminya. Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, “sekarang giliran abang pula membacakan senaraimu”.

Dengan suara perlahan suaminya berkata, “abang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertasku. Abang berfikir bahawa ayang sudah sempurna, dan abang tidak ingin mengubah akan dirimu. Ayang adalah dirimu sendiri. Ayang cantik dan baik di sisiku. Tiada satu pun daripada peribadimu yang kudapati kurang…”

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya bahawa suaminya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis.

KONGSIKAN BERSAMA:

Suami isteri ibarat pakaian kepada yang lain, saling melengkapi dan menutup kelemahan di antara satu sama lain, mencari kekuatan di dalam diri masing-masing dan menyalakannya ke arah positif. Segala kekurangan dan kelemahan pasangan merupakan kekuatan bersama apabila diambil secara positif dan membina. – shah86

“Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita… INSYA ALLAH.”"

No comments:

Post a Comment